Video: Cara Menghilangkan Jerawat Dalam Satu Malam Tanpa Produk

Jumaat, 15 Mac 2013

Tips Jerawat: Dengar Cakap Orang Atau Doktor? - Get Rid Of Acne

Salam ceria semua!

Dah lama tak update blog ni coz sibuk dengan lambakan kerja di office. Tips jerawat hari ini best sikit. Nak dengar cakap orang atau doktor?

Banyak tips cara merawat di internet dan 90% daripadanya adalah copy n paste daripada website lain.

Persoalannya, boleh percaya ke semua ni?


Beberapa tahun dahulu, saya pernah mencuba salah satu tips jerawat daripada internet iaitu meletakkan ubat gigi dibahagian jerawat. Kononnya jerawat akan cepat mengecut.

Hasilnya?

Yup, jerawat saya hilang tetapi kulit saya melecur sehingga meninggalkan bekas yang memerlukan berbulan-bulan nak hilang.


Serik dah nak guna tips jerawat daripada internet :(

Oleh itu, saya menyeru kepada sesiapa yang ingin menggunakan tips jerawat yang ada di internet supaya berhati-hati dan fikir 2x.

Kata seorang Pakar Jerawat, Dr Hasseenah, kulit muka adalah kulit yang paling sensitif. Rawatan yang salah akan memudaratkan lagi keadaan kulit muka.

Jadi, dengarlah kata-kata doktor ya!

Kata seorang doktor:

"Why do you have acne? What's going on underneath the skin that we have to assess? We really want to help people, rather than just do things for cosmetic purposes - to really change people lives."

Petra Hughes
Head Medical Aesthetician
http://www.edelsteincosmetic.com/about/medical-aesthetician.php

Isnin, 30 Januari 2012

Diet Dapat Menghilangkan Jerawat - Get Rid Of Acne

Salah satu cara untuk menghilangkan jerawat adalah mengawal cara pemakanan kita atau lebih dikenali sebagai diet. Tidak salah jika saya menyatakan diet atau cara pemakanan kita adalah faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat.

Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat membantu merawat jerawat.

Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula. Di bawah saya akan menerangkan empat faktor pemakanan untuk merawat jerawat.

Empat pemakanan tersebut adalah:

1. Kurangkan pengambilan gula

Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.

3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.

4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.


Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu rahsia pemakanan yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Jadi, jangan lupa amalkan ya! supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa :).


"Not everybody has acne, age spots, but everybody has hair the don't want."

Michael Hollingsworth